Create.. Work.. Inspire
Dunia bisnes ini kadang-kadang sepi. Tak ramai orang nak berkongsi idea dan pandangan. Jika ada masalah pun, tak tahu kepada siapa nak diceritakan. Betul ke?
Sebab itu, jika nak berbisnes anda sangat-sangat digalakkan untuk berada dalam kelompok mereka yang dah berjaya. Bukan jadi macam katak di bawah tempurung. Jangan lokek nak berkongsi ilmu dan berbual bertanyakan pengalaman orang lain. Jangan mudah rasa aku usahawan, orang lain perlukan aku.
Bagi yang dah berjaya, jangan pula jadi seperti Haji Bakhil, tetapi cuba curahkan segala idea dan ilmu yang ada untuk membantu orang lain.
Anda juga boleh buat sistem barter semasa lepak-lepak minum kopi kat kedai Mamak. Saling berkongsi ilmu. Bermanfaat untuk diri sendiri juga kan. Percaya tak? Kalau tak percaya, cuba buat. Di sini kami kongsikan 4 cara macam mana nak bina bisnes dengan berkongsi ilmu dengan orang lain. Melalui networking yang power dan cuba untuk gali sebanyak mungkin idea dan ilmu daripada kelompok mereka yang berjaya.
1. Kongsi sebanyak mungkin ilmu yang ada
Orang kata, what you give, you get back more. Anda nak dapat banyak, anda perlu bagi banyak juga. Jadi fair and square la. Jika ada yang minta untuk pinjamkan masa anda selama 10-15 minit waktu makan tengah hari, berikan ruang kepada mereka. Orang yang meminta nasihat dan maklum balas dari anda, mereka sebenarnya seorang yang betul-betul yakin dan berani untuk melakukan perubahan kepada hidup mereka. Mereka juga adalah seorang yang percayakan anda. Tak rugi anda kongsikan ilmu dengan mereka.
2. Keluar dari skop bisnes sendiri
Di dalam mana-mana bidang, masing-masing pasti akan fokus dan beri perhatian kepada bidang yang mereka ceburi sahaja. Bukan sebab berlagak. Tetapi, mereka perlu tahu lebih mendalam lagi tentang skop bidang mereka. Tetapi, kalau terlalu mendalam dalam bidang sendiri, skop pengetahuan anda mungkin akan jadi lebih sempit.
Ramai yang tidak tahu akan kepentingan berkongsi cerita bersama orang dari bidang yang berbeza. Sekurang-kurangnya bila anda bertukar ilmu dengan orang luar dari bidang anda, anda berjaya mencipta satu platform untuk kembangkan lagi bidang yang anda ceburi. Tak rugi pun kan? Dan anda juga akan mahir ilmu di luar bidang anda juga. Tak ada la yang kena tipu nanti.
3. Selalu bertanya
Dalam bisnes, mesti ada networking. Jadi, bila ada networking pasti akan ada soalan-soalan yang kita perlu bertanya. Bagi mereka yang ingin membantu dan berkongsi ilmu dan idea dengan orang lain, anda boleh mulakan dengan tanya diri sendiri “bagaimana aku boleh tolong kau?” Senang bukan.
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini.
4. Benda kecil penguat hubungan
Perkara kecil pun boleh menjadi penguat dalam perhubungan. Kenapa? Selalunya benda-benda yang kecil akan jadi benda yang paling bermakna dan boleh menjadi kunci kepada sesuatu perhubungan. Contohnya, anda hanya kongsikan cuma satu dua perkara sahaja dengan mereka. Tetapi benda itu sangat-sangat memberi kesan kepada si penerima. Dan mungkin disebabkan ilmu yang tak seberapa itu boleh menyebabkan hubungan yang biasa-biasa mungkin akan jadi lebih akrab. Atau boleh dapat peluang yang lebih baik pula.
Siapa tahu kan?
Please like & share
www.urbanmacchic.com

Comments
Post a Comment